Friday 6 July 2012

Lawatan ke Seoul :)

Lawatan ke korea
12 April 2012 Kamis

Berkumpul di LCCT pada pukul 12:30 tgh. Penerbangan Airasia D7 504 ke Seoul pada pukul 14:20 ptg. Dijangka tiba di airport Incheon pada 9:55 mlm.
Menginap semalam di Condominium Vabien Suite 11.

*Makanan tidak disediakan pada hari ini, adalah lebih baik anda semua makan di dalam kapal terbang.

13 April 2012 Jumaat

Sarapan pagi di hotel pada pukul 8:00 pagi. Check out hotel. Sekiranya ada bagasi yang besar boleh ditinggalkan di hotel.
Aturcara lawatan bermula pada pukul 9:00 pagi. Perjalanan ke Namiseom Island yg terkenal dgn pengambaran drama winter sonata, akan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Setelah selesai makan tengahari lawatan diteruskan ke Mt Seorak (menaiki cable car).
Menginap semalam di Hanwha Resort Seorak.

*Makan tengahari dan malam disediakan.

14 April 2012 Sabtu

Sarapan pagi di hotel pada pukul 8:00 pagi. Check out hotel.
Lawatan bermula pada pukul 9:00 pagi dengan melawat Daepo Wharf seafood market. Disini anda semua boleh shopping seaweed, sotong kering dan lain2 produk laut.
Lawatan diteruskan dengan singgah di Naksan Temple dan terus ke Geongju. Ia mengambil masa lebih kurang 3 jam. Geongju lebih dikenali dengan bandar ‘Museum without wall’.
Geongju City Tour. Melawat Anapji pond.
Menginap semalam di SSPenssion.

*Makan tengahari dan malam disediakan.









15 April 2012 Ahad

Sarapan pagi di hotel pada pukul 8:00 pagi. Check out hotel.
Geongju City Tour. Melawat Seokgulam Grotto, Bulguksa temple, Cheomseongdae Observatory, Royal Tumuli Park dan rumah tradisional korea.

Pada pukul 2:58 ptg balik semula ke Seoul dengan menaiki KTX train, mengambil masa 2 jam. Di jangka tiba di Seoul pada pukul 5:15 ptg.
Daftar masuk hotel di Vabien Suite 11. Kita akan menginap di Condominium ini selama 2 malam lagi. Sebelah malam shopping di Dangdaemun market.

Makan tengahari di sediakan
*Makan malam sendiri.

16 April 2012 Isnin

Sarapan pagi di hotel pada pukul 8:00 pagi.
Pada pukul 9:00 pagi bermula acara Seoul City Tour. Tempat yang akan dilawati seperti Gyeongbokgong Palace, Presidential Blue House, Insadong Art galleries, Masjid besar Seoul di Itaewon dan Seoul Namsan Tower dan Yueido Park.
Sebelah malam shopping souvenier di Namdaemun Market.

Makan tengahari disediakan.
*Makan malam sendiri.

17 April 2012 Selasa

Sarapan pagi di hotel pada pukul 8:00 pagi.
Aturcara lawatan bermula pada pukul 9:00 pagi dengan melawat Everland Theme Park. Taman tema ini adalah ke lima terbesar di dunia. Pada waktu ini ada Tulip Festival di taman ini. Lawatan ini adalah ‘optional’. Bayaran masuk ditanggung sendiri. Bagi sesiapa yang tidak berminat, mereka boleh shopping di sekitar Seoul.
Checkout hotel. Pukul 6 ptg bertolak ke airport utk penerbangan pulang ke kuala Lumpur. Pesawat akan berlepas dari Incheon Int Airport pada pukul 00:20 pagi (12:20), 18 April 2012.

Makan tengahari disediakan
*Makan malam sendiri.

18 April 2012 Rabu

Penerbangan balik Airasia D7 505 jam 00:20 pagi dan dijangka tiba di LCCT pada pukul 6:05 pagi.


Aktiviti sepanjang kat korea...
Jom layan pic kat bawah :)

2 comments:

  1. Akak ambil dengan agensi mane? brape kos dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak amik dgnnkawan... nx year nk pg jeju island atau pg uk...
      Jom join...

      Delete