Wednesday 30 January 2013

TIPS KULIT CANTIK


♡♥♡♥♡♥♡♥
TIPS KULIT CANTIK BERSERI
Semua orang mesti suka jika diberi sedikit tips untuk memelihara kulit agar sentiasa cantik.
Ayu juga begitu.
Namun beberapa bulan kebelakangan ini ramai yang bertanya kepada Ayu bagai mana kulit Ayu lebih elok berbanding dahulu.

Ok Ayu kongsikan kepada anda tipsnya.

1. Minum air 3 liter sehari.
Bunyinya macam susah, tapi sebenarnya tidak. Mulakan dengan segelas air sejam, insyaallah lama kelamaan anda akan biasa. Tujuannya adalah untuk mengekalkan kelambapan kulit. Bila kita kurang air, kulit akan jadi kering dan kusam.
Air masak sahaja tauuu. Air manis tak dikira.

2. Makan lebih sayuran dan buah-buahan.
Ayu tidak ada masalah dalam memilih sayuran mahupun buah.
Kerana keduanya mempunyai antioksidan dan kaya dengan vitamin yang diperlukan kulit.
Ianya sangat baik untuk memelihara ketegangan kulit.

3. Senaman
Kadangkala amat sukar untuk melakukan senaman.
Nak buat setiap hari memang susah jadi Ayu kumpulkan sekali buat hanya 20 minit saja.
Namun setiap hari Ayu akan pastikan Ayu ada aktiviti berjalan(kat shopping complex pon boleh hehe)
Bila badan keluarkan peluh, ia akan membuang toksik dari badan.
Nafas akan jadi teratur sekaligus merehatkan otot dan memberi oksigen yang cukup untuk jantung.

4. Pengambilan supplement.
Ayu mengamalkan pengambilan vitamin C,rumpai laut dan kolagen yg disyorkan doktor.
Kesemua vitamin ini sangat berkesan pada Ayu. Ayu rasa lebih bertenaga, aktif dan sihat.
Bila tubuh anda cukup vitamin, semua akan jelas terpancar diwajah.

5. Penggunaan Tabita Skin Care
Tentunya pemakaian Tabita skin Care. Pemakaian set penjagaan Tabita dapat menghaluskan kulit selain daripada menanggalkan sel kulit mati yang terperangkap pada permukaan kulit. Ayu dah jadi pengguna setia hampir 3 tahun.

No comments:

Post a Comment